Ticker

6/recent/ticker-posts

DOA IBU LEBIH MULIA DARI ULAMA BESAR SEKALIPUN


Prof.Dr.H.Asasriwarni MH Guru Besar UIN/ Ketua Dewan Pertimbangan MUI Sumbar


(Sekadar Renungan)


Di Hadromaut (Yaman), Setiap orang yang datang menghadap Habib Salim atau Habaib Sepuh yang Alim di Tarim untuk minta di doakan, selalu mendapat pertanyaan yang sama :


*"Apakah kamu masih memiliki permata (Ibu) di rumahmu ?"*


Jika jawabannya, masih. Maka beliau dengan halus mengatakan :


*"Tahukah kamu, bahwa doa ibu untukmu, lebih mulia dan Makbul dari pada Doa seorang Wali Besar sekalipun ?"*


Ketika Habib Umar Bin Hafidz dan abangnya Habib Ali Masyhur Bin Hafidz masih bayi dan sering menangis, 

Ibunda mereka Hubabah Zahra, akan memeluk dan membelai anak anaknya sambil mengusap kepala mereka. 


Kepada Habib Ali Masyhur, beliau sering

berbisik *"Mufti, Mufti"* dan sekarang Habib Ali Masyhur telah menjadi *Mufti Yaman.*


Kepada Habib Umar sang ibu selalu berdoa

*"Da'i, Da'i"*. Dan kini Habib Umar telah menjelma menjadi *Da'i Islam* terkenal di zaman ini.


Rasulullah ï·º bersabda :

*"Orang tua adalah pintu surga yang paling tengah, maka jangan sia-siakan pintu itu atau jagalah ia."*

Hadis Riwayat : Tirmizi


*Ibu adalah pintu Syurga bagi anak2-nya dan Ayah adalah jambatan menuju kepadanya.* 

*Air susu Ibu yang kita minum adalah saripati makanan hasil jerih payah, keringat Ayah yang mencari nafkah untuk keluarga.*


Kerana itu Muliakan Mereka. 

Mahu keluar rumah ?. Jangan lupa cium tangan Ibu dan Ayah. 

Ingatlah ketika kita masih kecil, kita selalu dipeluk dan diciumnya.


Bila kita sudah bekerja/ berkeluarga atau tidak tinggal serumah, sering2lah mengunjunginya.


Jika tidak juga berkesempatan untuk menziarahinya, Teleponlah ., (jangan WhatApp) agar beliau boleh mendengar suara dan membayangkan kita berada bersamanya. Beliau akan senang dan redho atas seluruh jerih payah dan setiap titisan susu yang telah menjadi darah daging kita.


Setidaknya, memberikan  perhatian  kepada nya di Masa Tuanya...


Semoga ALLAH Ta'ala Meredhoi dan selalu memberikan Rahmat dan barokah kepada kedua orang tua dan keluarga kita tercinta. 


آمِّÙŠْÙ†َ آمِّÙŠْÙ†َ آمِّÙŠْÙ†َ ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِينَ


*Wallahu a'lam bish-shawab.*


Selamat Hari IBU

Post a Comment

0 Comments


SELAMAT DATANG DI SEMOGA ANDA PUAS